INFO TERBARU

Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.

Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.
Sumber: Portal Rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan





EDUWEB TV Versi 2.0




Untuk makluman semua guru-guru, Pihak BTP telah menaik taraf web eduwebtv ke web 2.0 yang lebih baik. Login name dan password masih sama. Jika menghadapi masalah untuk log in sila hubungi PKG Beruas

link :www.eduwebtv.com

Pastikan komputer cikgu mempunyai perisian Microsoft Silverlight dan Windows Media player 10 jika tiada boleh dapatkan dari ruangan download

Terima Kasih