Tuan/Puan
Perkara di atas mohon dirujuk
BTPN Perak telah mengadakan mesyuarat permuafakatan bersama JPN (Sektor ICT & Sektor Akademik), TM Bhd. K-Perak dan GiTN pada hari Kamis 6 Jan 2011 dan antara lain pengisiannya adalah seperti berikut;
i. Mesyuarat diperjelaskan mengenai 'kloz' intreme dalam surat KP(KSU)001/10 yang diistilahkan bahawa pihak KPM
boleh menamatkan bila-bila masa peruntukan RM600 yang diperuntukkan untuk talian internet apabila KPM memutuskan
satu talian internet khas untuk sekolah-sekolah KPM seperti sebelum ini.
ii. Pihak sekolah melalui Pengetua atau Guru Besar memang dinyatakan boleh secara terus mendapatkan khidmat dari
mana-mana ISP untuk talian internet. Walau bagaimanapun, sekolah berkemungkinan akan menghadapi masalah kerana
ISP yang sedia ada memberi khidmat talian beserta dengan syarat perjanjian perkhidmatan selama 2 tahun. Hal ini bakal
menyulitkan sekolah kerana surat KP(KSU) menyatakan pemberian peruntukan secara intreme iaitu tanpa mensyaratkan
suatu tempoh yang khusus.
ii. Sekiranya pihak sekolah membuat pilihan ISP secara terus, bermaksud BTPN/PKG tidak akan bertanggungjawab dan
tiada berkaitan atas segala perihal berkaitan dengannya.
ii. Rumusan dan dapatan mesyuarat permuafakatan akan dimaklumkan kepada Tuan Pengarah JPN Perak untuk kelulusan
secara terus atau kelulusan melalui JPICT negeri Perak. Sekiranya mendapat kelulusan JPN & BTPN akan melaksanakan
perkara berikut;
a). Jeyarawara (Road show ) bersama JPN & ISP yang dilantik akan melaksanakan proses penerimaan talian internet
mengikut daerah melalui surat PPD untuk mendapatkan persetujuan semua sekolah secara berkelompok mengikut
daerah.
b). ISP yang dilantik akan menyediakan Help Desk serta talian khas untuk sekolah-sekolah dan ISP ditegaskan agar
kesulitan seperti sebelum ini tidak seharusnya berlaku lagi pada masa hadapan demi kepentingan P&P murid-murid di
sekolah.
c). Perbelanjaan kehadiran dan lain-lain dibawah seliaan ISP tersebut.
2. Justeru, warga PKG disyorkan untuk memberi penjelasan yang sewajarnya dan memberi penekanan bahawa segala keputusan dan apa juga berkaitan dengan surat KP(KSU) ini adalah keputusan JPN dan bukan BTPN seperti tertera dalam surat berkenaan, dan hanya salinan kepada BTP/BTPN.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Menjalankan Tugas
NOOR AZMAN SHAH BIN MOHD YUSSOF
Penolong Pengarah,
BTPN Perak
019 5558316 / 05 2924933
fax : 05 2924115